Pembukaan semula operasi NADI Kampung Quop

27 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Kampung Quop, 26 Mac 2026 – Pusat NADI Kampung Quop dengan sukacitanya memaklumkan bahawa premis ini akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula 26 Mac 2026 selepas selesai menjalani kerja-kerja baik pulih lantai.

Sebelum ini, NADI Kampung Quop telah ditutup sementara bermula 26 Februari 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan oleh pihak kontraktor. Kini, semua kerja berkaitan telah siap dilaksanakan dan premis kembali dalam keadaan yang lebih selesa serta selamat untuk kegunaan komuniti.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk kembali menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI Kampung Quop seperti biasa.

Pihak pengurusan NADI Kampung Quop merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh penutupan, serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali