NADI Mahir: Short Learning Series Mahir Jahit
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Kampung Quop, 22 April 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menganjurkan sebuah bengkel jahitan kreatif yang memfokuskan kepada teknik asas jahitan tangan dan mesin. Program yang berlangsung dari jam 11.15 pagi hingga 12.50 tengah hari ini telah disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Studio NADI Mahir.
Walaupun diadakan secara santai dengan penyertaan dua orang peserta tempatan, bengkel ini sarat dengan pengisian ilmu teknikal yang sangat berguna bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia jahitan.
Dua projek utama yang diajar iaitu:
Pouch Bag Comel
Dalam slot pertama, peserta didedahkan dengan panduan step-by-step menghasilkan beg simpanan kecil atau pouch bag. Modul ini direka khas untuk golongan beginner (pemula) agar mereka dapat menguasai teknik jahitan asas dengan mudah. Selain sebagai hobi, hasil jahitan ini berpotensi besar untuk dijual sebagai produk kraf tangan bagi menjana pendapatan sampingan.
Coaster Fabrik Handmade
Projek kedua pula mengajar peserta teknik menjahit alas cawan (coaster) daripada perca kain. Peserta mempelajari cara memotong fabrik dengan tepat serta teknik menggabungkan kain supaya nampak kemas dan teratur. Seperti pouch bag, produk ringkas ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk dijadikan set hadiah atau kelengkapan rumah.
Melalui inisiatif ini, NADI Kampung Quop berharap dapat terus memperkasakan kemahiran komuniti setempat, sekali gus membuka peluang ekonomi melalui penghasilan produk buatan sendiri yang kreatif dan berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: