Penutupan Sementara NADI Kampung Quop bagi Kerja Baik Pulih Lantai

20 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Kampung Quop, 19 Mac 2026 – NADI Kampung Quop dimaklumkan ditutup sementara bermula 19 Mac 2026 sehingga 26 Mac 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih lantai premis.

Penutupan ini adalah bagi membolehkan pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan selamat dan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, semua operasi dan perkhidmatan di NADI Kampung Quop tidak dapat dijalankan sehingga kerja baik pulih selesai sepenuhnya.

Pihak pengurusan NADI Kampung Quop memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh komuniti setempat sepanjang tempoh penutupan ini. Langkah ini diambil bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa dan selamat dapat disediakan kepada para pengguna pada masa akan datang.

NADI Kampung Quop dijangka akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Mac 2026, tertakluk kepada siapnya kerja-kerja pembaikan oleh pihak kontraktor.

Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan Tarikh pembukaan semula.


 

Kembali Ke Atas

kembali