Kempen Internet Selamat
18 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniNADI KAMPUNG QUOP, 17 Mei 2026 – NADI Kampung Quop telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) pada 17 Mei 2026 bertempat di Bilik Latihan NADI Kampung Quop. Program berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi dan telah disertai seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun.
Ceramah Kempen Internet Selamat tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Saufi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam sesi ceramah tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek keselamatan internet termasuk penggunaan media sosial secara berhemah, ancaman penipuan dalam talian, keselamatan data peribadi serta langkah-langkah melindungi diri daripada jenayah siber.
Program ini diadakan sempena Program Juh Merami Kampung Quop yang dianjurkan oleh pihak HIKMAH Kuching di Dewan Serbaguna Kampung Quop Batu 10. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika.
Pihak NADI Kampung Quop berharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat serta membantu melahirkan pengguna internet yang lebih bijak dan peka terhadap isu keselamatan siber pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: