Kempen Internet Selamat: Pembelian Atas Talian
11 September 2026 | Aktiviti TerkiniKampung Quop, 10 September 2026 – NADI Kampung Quop telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat: Pembelian Atas Talian secara dalam talian pada 10 September 2026, bermula 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Program ini telah disertai oleh 6 orang peserta dari SMK Penrissen. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan mengamalkan pembelian atas talian yang selamat serta berwaspada terhadap risiko penipuan dalam urusan e-dagang.
Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan mengenai amalan keselamatan ketika membuat pembelian atas talian, termasuk mengenal pasti penjual dan platform yang dipercayai, menyemak maklumat produk serta ulasan pengguna, menggunakan kaedah pembayaran yang selamat dan melindungi maklumat peribadi daripada disalahgunakan.
Peserta turut diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran yang mencurigakan, pautan tidak dikenali serta permintaan maklumat peribadi atau kewangan yang tidak diperlukan semasa melakukan transaksi dalam talian.
Melalui pelaksanaan program ini, NADI Kampung Quop berharap para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan keselamatan siber serta mengamalkan penggunaan internet secara lebih selamat, bijak dan bertanggungjawab.
NADI Kampung Quop akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai program kesedaran digital bagi membantu komuniti meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam menggunakan teknologi dan internet dengan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: