Program Cashless Society @ NADI Kampung quop

25 September 2025 | Aktiviti Terkini

NADI Kampung Quop, 24 September 2025 – Program Cashless Society @ NADI Kampung Quop telah berjaya dilangsungkan dengan meriah pada hari Rabu, 24 September 2025, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasa penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya di Kampung Quop dan kawasan sekitar.

Antara agensi dan institusi kewangan yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah Touch 'n Go eWallet, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan AEON Bank. Kehadiran agensi-agensi ini membuka ruang kepada komuniti untuk lebih memahami dan mengaplikasikan teknologi kewangan digital dalam kehidupan seharian mereka.

Salah satu tarikan utama dalam program ini ialah Jualan Rahmah, yang menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga yang berpatutan, sekaligus menarik minat ramai penduduk kampung. Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi memeriahkan suasana dan memberikan manfaat kepada pengunjung seperti:

Kepelbagaian aktiviti ini menjadikan program lebih inklusif dan berjaya menarik kehadiran daripada pelbagai lapisan masyarakat – dari golongan muda, dewasa hinggalah warga emas.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang manfaat ekonomi digital dan penggunaan pembayaran tanpa tunai, malah turut memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi kewangan dan komuniti setempat.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan, program ini membuktikan bahawa masyarakat luar bandar juga bersedia untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali