Program Khas Merdeka & Hari Merdeka @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Kampung Quop, 7 September 2025 (Ahad) – Program khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik di seluruh Malaysia termasuk di NADI Kampung Quop. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.
Program ini diadakan pada dua tarikh berasingan iaitu pada 6 September 2025 bagi negeri Kedah, Kelantan & Terengganu, manakala negeri-negeri lain menyambutnya pada 7 September 2025, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan di NADI Kampung Quop termasuk:
- Sarapan pagi bersama komuniti
- Permainan video games yang mendapat sambutan hangat daripada golongan belia
- Aktiviti mewarna yang menarik perhatian kanak-kanak
- Aktiviti memasak secara interaktif
- Jamuan makan tengah hari
- Kibaran Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan semangat patriotik
- Program bersama YB Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil
Kemeriahan jelas terlihat apabila penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, malah turut memperkukuh perpaduan serta hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat. NADI Kampung Quop mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya kepada para sukarelawan, penganjur, dan penduduk kampung yang menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: