NADI Cybersecurity: Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu

5 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 December 2025 bersamaan hari Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X KESEDARAN, dibawah program NADI CYBERSECURITY, Webinar bertajuk “ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI: APA YANG ANDA PERLU TAHU.

Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang yang telah disertai oleh tiga orang peserta. Di hujung webinar ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.

Melalui webinar tersebut peserta telah mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini telah menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.

Daripada webinar ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang ancaman kamera tersembunyi dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali